11 May 2013

Akhirnya, Telah Tiba Waktunya






Tiba waktunya untuk dia, ye, dia SYAHIRAH AZURA BINTI MUHAMMAD SYAHRIL pergi tinggalkan Malaysia , tinggalkan SMK MALIM tinggalkan Melaka , dan yang paling sedih , tinggalkan KAMI . Kami SAHABATnya . Berat untuk aku harungi detik perpisahan itu . Sungguh perit. Namun, berbekalkan sedikit kekuatan pinjaman dariNya aku kuat untuk tempuhi dugaan ini. Syukur Alhamdulillah, Allah pisahkan kami dengan cara begini. Mujur Allah tak pisahkan kami dengan ajal. Setitispun airmata Syera tidak kulihat . Fikirku mungkin dia sudah terima dan akur dengan takdir ini. Aku tahu dia kuat . Dia sangat kuat . Jadi aku dan yang lain dekat sini pun harus kuat . WAJIB kuat . Untuk KAMI .

Justeru, hakikat dua orang bersaudara yang bertemu dan berpisah kerana Allah itu tidak pernah berpisah, kerana hatinya sering terikat dalam kasih sayang, sentiasa terpaut pada bakti dan budi, selalu tersimpul pada tanggungjawab dan amanah. Sentiasa ingat pada makna ukhuwwah dan persahabatan.

Ingatan pada jasad, jasad akan lebur dan musnah. Ingatan pada minda, minda itu selalu lupa dan leka. Maka ingatkanlah pada hati, kerana hati itu ibarat tanah yang subur, yang perlu dibenihkan dengan niat kerana Allah, pahit manis ukhuwwah dalam zikir dan fikir. Walaupun jasad terpisah, tetapi hati tetap berpaut.

. InsyaAllah one day we'll meet again .

No comments:

Post a Comment