Ibu,
Yang telah banyak berkorban untuk besarkan saya,
Yang sanggup berlapar untuk melihat saya kenyang,
Yang sanggup berjaga malam kerana saya sakit,
Yang sanggup derita kerana ingin lihat saya bahagia,
Ayah,
Yang bermandikan peluh untuk membesarkan saya,
Yang sanggup berpanas untuk menyekolahkan sayal,
Yang sanggup berhujan untuk mencari sesuap nasi untuk saya,
Tanya pada diri...
Mampukah saya balas segala pengorbanan ayah dan ibu ?
Kenapa saya tak pernah terfikir ...
Berapa banyak air mata yang ayah dan ibu titiskan untuk besarkan saya ?
Tanya pada diri...
Berapa banyak lagi air mata yang perlu ayah dan ibu titiskan kerana sikap saya ? Kerana perangai saya ?
Tak cukupkah air mata yang ayah dan ibu titiskan selama ini ? Tak bernilai langsungkah air mata ayah dan ibu selama ini ?
Tanya pada diri...
Kenapa sombong sangat saya ? Kenapa keras sangat hati saya ? Hingga sanggup mensia-siakan pengorbanan ayah dan ibu ?
Kenapa saya sanggup melukakan hati ayah dan ibu ? Kenapa saya sanggup punahkan harapan ayah dan ibu ?
Pesan pada diri..
TOLONGlah ,
Hargai ayah dan ibu, sementara saya boleh lihat mereka senyum dan tertawa. Sebelum ALLAH ambil mereka buat selama-lamanya...ketika itu, penyesalan sudah tidak bermakna lagi....Percayalah !
Ayaaah...Ibuuuu
Saya berjanji akan balas jasa ayah dan ibu..
Saya akan buat ayah dan ibu berbangga ada anak seperti saya..
Saya akan belajar rajin-rajin..
Saya akan ubah nasib keluarga kita..
SAYA SAYANG AYAH DAN IBU .
Credit to : Nota UlangKaji Pend. Islam Ting. 5.
NOTA KAKI KECIL
Akak sayang mak and ayah .Aku tengah balut buku nota agama islam ting5 yang aku baru beli pagi tadi, then ternampak warkah ni kat m/s belakang. Menitis air mata aku :')
all the best SPM nanti. awk sebaya adik kite :)
ReplyDelete